Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2020

KEMAHIRAN MEMBACA

Imej
 KEMAHIRAN MEMBACA  1.0   PENGENALAN   Kemahiran membaca merupakan salah satu daripada empat kemahiran bahasa yang penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Kemahiran membaca adalah lanjutan daripada kemahiran- kemahiran asas seperti mendengar dan bertutur ataupun digelar sebagai kemahiran lisan. Melalui pembacaan, seseorang itu mampu menimba ilmu pengetahuan. Selain daripada itu, m embaca juga dapat membantu memperluaskan lagi pemikiran dan idea serta meningkatkan daya kreatif seseorang individu dalam pelbagai bidang.  Proses membaca memerlukan seseorang itu menterjemahkan kembali ayat-ayat bertulis kepada ayat yang berbunyi yang hendak disampaikan oleh penulisnya. Membaca juga berbeza daripada mendengar kerana membaca melibatkan kedua-dua aktiviti verbal dan literasi secara serentak. Apabila kita membaca kita akan menghuraikan bahan bercetak kepada pertuturan dan pada masa yang sama kita akan menghuraikan pertuturan itu kepada pemikiran....